Taklimat Kesedaran E-Sukan NADI Rantau Panjang
8 Disember 2024 | Aktiviti TerkiniPada 07 Disember 2024, Sabtu, NADI Rantau Panjang telah mengadakan taklimat kesedaran E-Sukan bertajuk “Masa Depan E-Sukan dalam Pendidikan” kepada para peserta yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 3:00 petang. Program tersebut telah dijalankan di NADI Rantau Panjang dan telah dihadiri oleh 6 orang peserta.
Taklimat ini adalah untuk menerangkan lebih terperinci lagi tentang kesedaran E-Sukan yang akan dijalankan di NADI sekarang anjuran Persatuan E-Sukan Malaysia. Seterusnya, peserta diberi penerangan tentang bagaimana pendidikan E-Sukan penting untuk masa depan generasi baru.
Diharapkan dengan adanya program E-Sukan ini dapat memberi manfaat kepada komuniti dalam mengembangkan lagi pengetahuan dan semangbat kesukanan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: